UNIVERSITI DI IRELAND
Ireland menawarkan pendidikan yang hebat dan mampu dimiliki di salah satu ekonomi paling dinamik di Eropah.

UNIVERSITI DI IRELAND UNTUK PELAJAR ANTARABANGSA
Belajar di Ireland
Dengan rangkaian universiti yang terkenal dunia di Ireland disedia untuk pelajar antarabangsa. Ia memberi budaya yang selamat dan mesra, yang menjadikan Ireland satu lokasi yang semakin popular untuk belajar dan meneruskan pendidikan anda. Dengan begitu banyak universiti yang terkemuka di Ireland, terdapat pelbagai kursus ijazah dan peluang pelajaran yang ditawarkan .
Panduan belajar ini akan berikan banyak maklumat tentang pelajaran di Ireland. Jika anda mempunyai pertanyaan khusus, anda boleh tekan pada pautan di bawah untuk melompat ke bahagian tersebut.
- Mengapa belajar di universiti di Ireland?
- Universiti terbaik di Ireland untuk pelajar antarabangsa
- Bagaimana saya boleh memohon belajar di universiti di Ireland?
- Berapa kos untuk belajar di Ireland?
- Apakah keperluan bahasa universiti?
- Selepas tamat pengajian - maklumat Visa sementara Ireland
- Bantuan dan sokongan untuk pelajar antarabangsa untuk belajar di Ireland
Atau tekan di bawah untuk dapatkan sesi rundingan secara percuma
Kenapa nak belajar di universiti di Ireland?
Universiti di Ireland semakin popular di kalangan pelajar antarabangsa dan semakin meningkat setiap tahun. Ada banyak faktor untuk ini. Kami telah meringkaskan faktor utama di bawah:
Ireland ialah tempat yang selamat, mesra dan terima pendatang luar
Pada tempat pertama dan kedua, Galway dan Dublin baru-baru ini telah dipilih sebagai bandar paling mesra di Eropah. Dengan lebih 35,000 pelajar antarabangsa di universiti di Ireland dari 160 negara, belajar di Ireland, ini merupakan pengalaman yang benar-benar berbilang budaya.

Universiti bertaraf dunia
Universiti terkemuka di Ireland kekal prestasi yang baik di peringkat antarabangsa, jadi tidak hairanlah bahawa universiti di Ireland merupakan pilihan popular untuk pelajar antarabangsa dari seluruh dunia.
Pendidikan bernilai tinggi
Kerajaan Ireland telah beri subsidi yang banyak kepada universiti di Ireland untuk pelajar antarabangsa dari EU, EEA, Britain dan Switzerland. Yuran antarabangsa juga kekal sangat kompetitif di antara lokasi lain seperti UK, AS dan Kanada.
Sejarah dan budaya yang lama dan kaya serta pemandangan yang menakjubkan
Ireland mempunyai sejarah tamadun yang panjang dan menarik yang boleh dilihat di bangunan, muzium, kesusasteraan, filem dan muzik. Meneroka budaya Ireland dan pemandangan negara yang menakjubkan adalah tarikan yang besar untuk pelajar antarabangsa.
Tempat belajar yang seronok
Ireland adalah satu-satunya negara di dunia yang mengguna alat muzik sebagai simbol negara. Perayaan dan hiburan adalah nadi budaya Ireland.
Banyak pilihan kerjaya
Ekonomi Ireland ialah salah satu yang paling berkembang pesat di Eropah dan disenaraikan sebagai salah satu yang paling berdaya saing di dunia. Dengan visa menetap sementara, Ireland beri peluang kepada anda untuk memulakan kerjaya selepas tamat pengajian. Belajar di Ireland melangkau langkah pertama yang hebat untuk kerjaya yang memuaskan.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut di bawah. Atau dapatkan perundingan percuma untuk membincangkan pilihan pengajian anda di Ireland, sila hubungi kami sekarang.
Universiti terunggul di Ireland untuk pelajar antarabangsa
Pendidikan teratas di Ireland dibahagikan kepada 3 jenis institusi:
- Universiti
- Institut Teknologi
- Kolej Pendidikan
Ireland mempunyai 9 universiti awam, 9 Institut Teknologi dan 11 Kolej yang menyediakan pendidikan kepakaran dalam bidang seperti perubatan, seni dan perniagaan.
Lima universiti terbaik di Ireland semuanya disenaraikan dalam 450 teratas dunia. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai ini di bawah:
Kolej Trinity Dublin
Kolej Trinity Dublin ialah universiti tertua di Ireland yang telah ditubuhkan pada 1592. Ini ialah universiti paling terkenal dan berprestij di Ireland untuk pelajar antarabangsa. Kolej Trinity menawarkan pelbagai kursus dan pengalaman universiti yang unik serupa dengan Oxford dan Cambridge di UK. Dengan yuran yang lebih berpatutan daripada kebanyakan universiti terkemuka lain di dunia Kolej Trinity Dublin adalah pilihan yang sangat popular membenarkannya dapat kedudukan yang sangat berdaya saing. Ini bermakna permohonan universiti anda mesti menonjol daripada kalangan orang ramai.
Kolej Universiti Dublin
Kolej Universiti Dublin disenaraikan dalam 1% universiti teratas di seluruh dunia dan merupakan salah satu institusi penyelidikan terkemuka di Eropah. Terletak di Dublin dengan kampus yang dikelilingi oleh estet taman, memang tidak hairan bahawa Kolej Universiti Dublin ialah universiti paling popular di Ireland untuk pelajar antarabangsa.
Universiti Kebangsaan Ireland, Galway
Universiti Kebangsaan Ireland, Galway ialah satu universiti terkemuka di Ireland yang diiktiraf dengan kecemerlangannya dalam kualiti pengajaran. Universiti ini menawarkan pelbagai kursus kepakaran jadi sangat popular dengan pelajar yang ingin dapatkan ijazah dengan laluan kerjaya yang jelas.


Kolej Universiti Cork
Berpusat di bahagian Selatan Ireland di bandar Cork yang meriah, Kolej Universiti Cork menawarkan lebih 120 pilihan sarjana muda. Universiti ini terkenal dengan mempunyai banyak pilihan persatuan dan kelab pelajar serta ialah universiti pertama di dunia yang dianugerahkan Bendera Hijau antarabangsa kerana mesra alam.
Universiti Bandar Dublin
Jika dibandingkan dengan universiti bersejarah di atas, Universiti Bandar Dublin masih muda, ia ditubuhkan pada tahun 1975, namun ia masih berada di kedudukan sebagai salah satu universiti terbaik di Ireland. Universiti ini menawarkan pelbagai kemudahan bertaraf dunia, termasuk 'the Helix', tempat kesenian dengan beberapa ruang persembahan.
Kami boleh membantu anda menavigasi banyak pilihan kursus yang tersedia di universiti terkemuka di Ireland.
Bagaimana saya boleh memohon untuk kemasukan universiti di Ireland?
Pelajar dari EU, EEA, Britain dan Switzerland
Jika anda ingin mendaftar dalam pengajian prasiswazah sepenuh masa (ini dikenali sebagai kitaran pertama di Ireland) di universiti atau kolej awam, anda perlu serahkan permohonan anda paling banyak sehingga 10 kursus melalui Jabatan Permohonan Berpusat (CAO). CAO tidak akan buat keputusan sama ada anda akan diterima masuk ke program pengajian yang anda mohon. Sebaliknya, CAO memudahkan proses permohonan dengan mengumpul data pelajar melalui sistem berpusat. Kami telah membantu banyak pelajar EU untuk hantarpermohonan CAO ke universiti di Ireland. Jadi sila hubungi kami untuk mengetahui kaedah kami boleh membantu.
Pelajar dari luar EU, EEA, Britain dan Switzerland dan semua pelajar siswazah
Jika anda seorang pelajar bukan dari EU dan anda ingin memohon untuk kemasukan sarjana muda (kitaran pertama) atau pengajian siswazah (kitaran kedua dan ketiga), atau anda pelajar EU yang memohon untuk program siswazah (kitaran kedua dan ketiga), anda perlu menghantar permohonan anda secara langsung kepada institusi tempat yang anda ingin mendaftar. Kami akan membantu anda hantar permohonan secara atas talian ke universiti terkemuka di Ireland, melalui laman web institusi atau menggunakan borang permohonan institusi, menyediakan semua sokongan yang diperlukan untuk hantar permohonan yang terbaik.
Tarikh akhir permohonan untuk universiti di Ireland
Tarikh akhir untuk serahan permohonan universiti Ireland anda kepada CAO ialah pada 1 Februari setiap tahun. Jangan tunggu ampai saat terakhir kerana CAO perlu terima salinan cetak dokumen anda seminggu sebelum tarikh akhir ini. Jika anda terlepas tarikh akhir CAO, jangan panik, kami boleh membantu anda memohon melalui perkhidmatan permohonan lewat CAO yang dibuka sehingga 1 Mei.
Nasihat kami untuk anda ialah untuk menghubungi kami secepat mungkin.
Untuk permohonan secara langsung, tarikh akhir akan berbeza antara institusi dan banyak institusi yang akan terima permohonan seluruh tahun. Nasihat kami untuk anda, terutamanya jika anda ingin memohon kemasukan universiti yang terkemuka di Ireland, adalah untuk berbincang dengan kami secepat mungkin dan cuba hantar masuk permohonan anda secepat mungkin.
Berapa kos untuk belajar di Ireland?
Jika anda seorang pelajar dari EU, EEA, Britain atau Switzerland, yuran pengajian di Ireland adalah rendah kerana kerajaan Ireland menanggung sebahagian besar kos. Kebanyakan universiti mengenakan bayaran sekitar 3,000 Euro setahun. Universiti terkemuka di Ireland seperti Trinity College mengenakan yuran sekitar 6,000 Euro.
Yuran pengajian untuk pelajar antarabangsa lebih mahal tetapi masih kurang daripada banyak kursus di destinasi seperti UK, Kanada dan AS. Ia dalam lingkungan 9,750 hingga 20,000 Euro setahun untuk kebanyakan kursus ijazah bergantung pada tempat pelajaran anda. Harga untuk ijazah perubatan adalah lebih tinggi bermula pada 45,000 Euro setahun.
Secara purata, kos sara hidup dan sara hidup tahunan adalah antara 6,000 dan 11,000 Euro bergantung pada tempat penginapan dan gaya hidup anda. Tempat di dewan kediaman, sama ada di kampus atau berdekatan disediakan oleh kebanyakan universiti di Ireland untuk pelajar antarabangsa. Sesetengah pelajar memilih untuk menyewa secara persendirian melalui rumah atau flat. Anda boleh buat kerja sambilan untuk membantu menampung kos sara hidup anda semasa belajar di universiti di Ireland.
Dapatkan sesi perundingan secara percuma untuk membincangkan pilihan anda, sila hubungi kami sekarang.
Apakah keperluan bahasa universiti?
Jika anda ingin belajar di salah satu universiti terkemuka di Ireland dan bahasa Inggeris bukan bahasa pertama anda, anda perlu buktikan tahap pemahaman bahasa Inggeris anda untuk dapatkan tempat anda di universiti.
Anda perlu boleh menulis, bertutur dan memahami bahasa Inggeris dengan baik. Standard minimum yang diperlukan oleh universiti ialah skor IELTS 6 hingga 6.5.
Jika anda masih belum mencapai tahap ini, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak sekolah bahasa bertauliah di seluruh Ireland yang ada kursus untuk memenuhi semua tahap bahasa. Banyak universiti di Ireland untuk pelajar antarabangsa turut menjalankan kursus pra-sesi bahasa Inggeris yang merupakan kursus bahasa yang kemudiannya akan sambung terus ke kursus ijazah pilihan anda. Ini boleh menjadi laluan bahasa yang hebat untuk beri anda ketenangan minda.
Selepas tamat pengajian - Informasi Visa Menetap Sementara Ireland
Ramai pelajar tertarik untuk belajar di universiti terkemuka di Ireland kerana sistem visa menetap sementara memberi masa untuk mereka bersiap sedia semua langkah pertama yang penting di perjalanan kerjaya mereka.
Ireland menawarkan pilihan ‘menetap sementara’ selama 24 bulan untuk pelajar pasca siswazah antarabangsa. Jika anda belajar di peringkat pascasiswazah di Ireland, anda boleh memohon untuk menetap sehingga 24 bulan untuk bekerja dan kemudian memohon lanjutan permit kerja anda.
Sistem untuk pelajar sarjana adalah sama, tetapi mereka hanya dibenar untuk tinggal dan bekerja selama 12 bulan dan bukannya 24 bulan seperti pelajar pascasiswazah.

Ini berikan peluang yang berharga kerana Ireland ialah pusat Eropah untuk banyak syarikat multinasional dan pilihan kepada syarikat pemula yang inovatif merentasi banyak bidang teknologi, sains dan perniagaan. Indeks Inovasi Bloomberg telah meletak Ireland sebagai negara ke-16 paling inovatif di dunia. Menyediakan laluan pekerjaan melalui skim siswazah serta banyak peluang untuk menjadi sebahagian daripada perniagaan baharu yang berkembang pesat.
Kami boleh membantu anda menavigasi langkah seterusnya dalam perjalanan anda memastikan anda dapat melanjutkan kerjaya anda di Ireland selepas menamat pengajian anda.
Kami boleh membantu anda memahami semua keperluan dan syarat untuk belajar di Ireland. Untuk sesi perundingan percuma untuk membincangkan pilihan anda, sila hubungi kami sekarang.
Bantuan dan sokongan untuk pelajar antarabangsa belajar di Ireland
Pilih dari pelbagai pilihan universiti di Ireland untuk pelajar, dan memastikan anda hantar permohonan yang terbaik, ini ialah proses yang menakutkan. Kami telah membantu ramai pelajar untuk menavigasi proses ini dan berjaya dapatkan tempat belajar di universiti terkemuka di Ireland.
Kami akan membantu anda sepanjang proses daripada memilih kursus dan universiti anda dan kemudian melalui setiap langkah proses permohonan, sama ada melalui sistem CAO atau sebagai permohonan secara langsung.
Jika anda berminat untuk belajar di salah satu universiti terkemuka Ireland, kami boleh membantu anda menavigasi proses permohonan universiti, memastikan anda buAT pilihan kursus dan lokasi universiti yang sesuai. Sila hubungi kami untuk berbincang dengan salah seorang penasihat kami.