SOKONGAN PERMOHONAN UNIVERSITI

Kami sedia untuk membantu anda meneroka pilihan anda dan hantar permohonan universiti yang terbaik

Memohon kemasukan universiti?

Dapatkan sokongan kemasukan sarjana muda

Kami boleh beri bantuan kepada permohonan anda untuk kemasukan pelbagai kursus ijazah sarjana muda di universiti di seluruh dunia. Pilihan memang tak ada batasan. Kami mempunyai banyak pengetahuan yang diperoleh daripada kolaborasi kami dengan universiti di seluruh dunia. Sokongan kami menyediakan cerapan dan alatan praktikal yang diperlukan untuk menavigasi proses permohonan dari awal hingga tamat.

Kami boleh membantu anda untuk pilih negara mana yang paling sesuai untuk anda. Baik dari sudut peribadi mahupun akademik. Dengan kepakaran kami, anda boleh penuh yakin boleh hantar permohonan yang terbaik.

Application for undergraduate admission

Sila baca untuk mengetahui lebih lanjut tentang kaedah kami boleh membantu dengan permohonan universiti anda. Atau tekan di bawah untuk mengatur rundingan percuma

Perkhidmatan sokongan permohonan kemasukan sarjana muda

 

 

Nasihat dan sokongan pakar

Perkhidmatan sokongan aplikasi universiti yang komprehensif

Belajar ijazah sarjana muda anda di negara baharu berikan anda peluang untuk mempertimbangkan perkara dari perspektif lain. Ia juga sejenis pengalaman pembelajaran yang berharga. Apabila dunia menjadi semakin kecil, dengan infrastruktur dan teknologi yang dipertingkatkan, kita tidak pernah boleh merealisasikan cita-cita untuk belajar di luar negara semudah ini .

Dengan semua pilihan ini, sistem aplikasi dan keperluan kemasukan, permohonan untuk universiti boleh macam satu proses yang menakutkan. Kami berada di sini untuk memastikan anda menavigasi jalan yang betul melalui pelbagai pilihan ini dan akan membantu anda hantar permohonan yang terbaik ke universiti dan kursus yang sesuai untuk anda.

Semasa proses permohonan universiti komprehensif kami, kami akan membantu anda dengan dua matlamat utama anda:

UD-app-support-01

Buat pilihan yang tepat

Pilihan kursus dan universiti anda ialah salah satu keputusan paling penting yang anda boleh buat. Dengan begitu banyak pilihan di luar sana, permohonan universiti ialah prospek yang amat menakutkan untuk semua orang, jadi anda bukan bersendirian.

Berita baiknya ialah mentor akademik kami mempunyai bertahun-tahun pengalaman bantu pelajar dalam kedudukan anda. Kami komited untuk meluangkan masa bersama anda untuk membincangkan pilihan anda secara terperinci, dengan mengambil kira semua soalan yang anda perlu pertimbangkan semasa membuat keputusan tentang perkara dan tempat untuk belajar. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, lihat halaman kami universiti mana.

Sama ada anda mempunyai idea yang baik tentang apa dan di mana anda ingin belajar, atau hanya nak dapatkan nasihat khusus tentang keperluan kemasukan atau kehidupan universiti di institusi pilihan anda, kami boleh membantu anda. Jangan risau jika anda tidak pasti tentang apa atau di mana anda ingin belajar kami boleh membantu anda membuat pilihan yang terbaik untuk anda.

 

Hantar permohonan yang terbaik

Perkhidmatan sokongan permohonan universiti secara berhadapan kami menyediakan bantuan yang daripada penasihat pakar kami. Kami akan bekerjasama dengan anda dengan penuh semangat dan dedikasi.

Kami akan membimbing anda melalui setiap peringkat permohonan anda untuk kemasukan sarjana muda. Bekerjasama dengan anda untuk memahami kekuatan anda dan meningkatkan keyakinan anda. Memastikan anda serahkan borang permohonan untuk kemasukan sarjana muda yang menyerlahkan kemahiran dan perwatakan unik anda dan memberi anda peluang terbaik untuk berjaya.

Bantuan kami adalah secara khusus ikut keperluan anda, namun, pada peringkat utama yang kami akan bantu semasa permohonan anda ialah:

  • Penyelidikan universiti dan kursus sejajar dengan tahap akademik dan keperluan peribadi anda (termasuk memastikan kursus memenuhi aspirasi kerjaya masa depan)
  • Pembinaan dan bimbingan surat pengiring - termasuk membincangkan pengalaman kerja sedia ada dan masa hadapan
  • Sokongan aplikasi, memastikan semuanya betul dan bersedia
  • Memastikan gred anda diterjemahkan dengan sewajarnya ke dalam sistem universiti, memastikan semua kerja anda diiktiraf.
  • Membantu dapatkan rujukan yang sesuai
  • Sesi pementoran sepanjang proses

Kami telah sediakan beberapa sumber rujukan yang hebat untuk membantu anda hantar permohonan yang terbaik.

Atau hubungi kami sekarang untuk sesi konsultasi yang percuma.

Laluan permohonan sarjana muda

Kami bantu pelajar dari seluruh dunia dengan latar belakang pendidikan yang sangat berbeza. Biasanya pelajar bimbang untuk hantar permohonan ke universiti kerana mereka bimbang kelayakan mereka tidak mencukupi, mereka tidak mempunyai kemahiran bahasa Inggeris atau gred mereka tidak memenuhi syarat kemasukan universiti.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan ini, jangan risau kerana terdapat banyak laluan universiti yang boleh anda ambil untuk dapatkan tempat anda di universiti yang unggul. Terdapat banyak pilihan yang kami boleh terokai tetapi dua daripada laluan paling biasa yang boleh kami lalui ialah:

  • Tahun asas universiti- Program ini direka untuk pelajar yang tidak memenuhi syarat kemasukan. Mereka biasa akan dijalankan di kampus universiti di kolej antarabangsa dan akan beri anda pengetahuan serta kemahiran akademik untuk sambung ke ijazah pilihan anda setelah selesai kursus tersebut.
  • Kursus Bahasa Inggeris pra-sesi - Kursus Bahasa Inggeris pra-sesi berlangsung 6 - 24 minggu dan direka khusus untuk meningkatkan tahap bahasa Inggeris anda ke standard yang diperlukan jika anda tidak memenuhi syarat kemasukan bahasa. Seperti tahun asas, kursus biasanya dijalankan di kampus dan akan sambung terus ke ijazah sarjana muda anda.

Kami telah sediakan beberapa sumber rujukan yang hebat untuk membantu anda hantar permohonan yang terbaik.

Atau hubungi kami sekarang untuk sesi konsultasi yang percuma.

Sokongan permohonan universiti teratas

Sama ada anda sedang fikir nak pergi ke Oxbridge, universiti Ivy League atau universiti terkemuka yang lain, persaingan untuk dapatkan tempat semakin sukar setiap tahun. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai gred tertinggi dan komited terhadap semua cabaran pelajaran di salah satu universiti yang terbaik di dunia, permohonan yang terbaik akan memberi anda peluang yang terbaik untuk dapatkan tempat pelajaran anda.

Kami akan membantu anda pada setiap langkah proses kemasukan sarjana muda. Ini termasuk semua langkah daripada perkhidmatan komprehensif kami serta beberapa keperluan tambahan termasuk:

  • Temuduga - Semua universiti terkemuka perlukan anda untuk menjalani sesi temu duga. Tapi jangan risau, ia bukan seperti yang anda pernah lihat di TV, mereka semua peramah tetapi kena buat persediaan yang secukup
  • Pengemukaan karya bertulis - Ini biasa ada dalam bentuk karangan
  • Ujian kemasukan - Hampir semua kursus di universiti terkemuka akan mempunyai beberapa jenis ujian kemasukan. Ini boleh menjadi sukar dan biasanya akan uji lebih daripada sekadar pengetahuan subjek anda. Persediaan untuk temu duga adalah penting dan kami ada di sini untuk membantu

 

Seperti kursus Perubatan dan Pergigian, disebabkan oleh keperluan tambahan, kebanyakan universiti terkemuka mempunyai tarikh tutup yang lebih awal untuk permohonan jadi lebih cepat anda bercakap dengan kami tentang rancangan anda maka lebih baik.

Sokongan permohonan ijazah perubatan dan pergigian

Perubatan dan pergigian adalah dua daripada ijazah yang paling kompetitif, dengan semua kursus mempunyai lebih ramai pemohon daripada tempat yang sedai ada setiap tahun. Dapatkan bantuan permohonan untuk kemasukan sarjana muda boleh meningkatkan peluang anda untuk dapatkan tempat. Seperti permohonan ke universiti terkemuka, ada lebih banyak peringkat tambahan kepada yang digariskan di atas dalam perkhidmatan sokongan permohonan komprehensif kami. Dalam bidang Perubatan dan Pergigian, semua kursus memerlukan anda menjalani sesi temu duga.

Keperluan lain yang sangat penting untuk dapatkan tempat anda ialah menunjukkan semangat dan komitmen anda untuk belajar dalam bidang Perubatan atau Pergigian. Cara utama untuk melakukan ini ialah memastikan anda telah ada sebanyak mungkin pengalaman perkerjaan dan menggariskan perkara ini dengan jelas dalam surat pengiring anda dan apabila anda menjalani temu duga. Peperiksaan kemasukan perubatan juga diperlukan untuk banyak negara dan selalunya agak mencabar, jadi amat penting untuk dapatkan banyak latihan.

Kos pengajian Perubatan dan Pergigian sangat berbeza. Sebagai contoh, UK dan Amerika Syarikat menawarkan pendidikan bertaraf dunia tetapi mereka mempunyai yuran pengajian yang sangat tinggi melebihi $50,000 setahun. Negara lain di Eropah dan di negara yang lain adalah lebih murah, tetapi belajar dalam ijazah Perubatan atau Pergigian masih merupakan komitmen kewangan yang besar tidak kira di mana anda belajar. Oleh itu adalah penting untuk anda sediakan diri anda untuk peluang terbaik untuk berjaya. Sokongan permohonan universiti pakar kami untuk Perubatan dan Pergigian akan memberi anda permulaan yang terbaik.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang memohon untuk belajar Perubatan dan Pergigian di sini.

Sokongan permohonan universiti seni dan reka bentuk

Permohonan yang terbaik untuk ijazah seni dan reka bentuk bukan memerlukan kemahiran akademik dan surat pengiring yang hebat sahaja, portfolio kerja anda adalah lagi penting, untuk mendapatkan tempat anda di universiti yang hebat. Banyak universiti memerlukan anda menjalani kursus asas seni dan reka bentuk sebelum memulakan kursus ijazah penuh. Ini amat bermanfaat jika anda tidak mempunyai hasil kerja yang lengkap atau jika anda tidak pasti laluan ijazah dalam seni yang ingin anda ambil.

Banyak perkara lagi yang perlu dipertimbangkan. Kami boleh semak semua pilihan kursus dan laluan yang berbeza untuk mencari universiti dan kursus terbaik untuk anda. Kami juga mempunyai mentor seni pakar yang berdedikasi yang akan bekerjasama dengan anda untuk menghasilkan portfolio kerja yang menonjol daripada kalangan orang ramai. Jadi jangan risau jika anda tidak mempunyai banyak kerja, atau anda mempunyai banyak kerja tetapi tidak tahu cara terbaik untuk mempersembahkannya, kami sedia membantu.

Aplikasi seni dan reka bentuk yang hebat memerlukan masa, jadi jika anda ingin memohon uni untuk mempelajari seni sila hubungi kami secepat mungkin. Anda boleh baca lebih lanjut dalam halaman seni dan reka bentuk kami.

Jika anda ingin memohon kursus pakar untuk konsultasi percuma sila hubungi kami sekarang.

UD-D images-06

Bantu membina surat pengiring

Memandang lebih ramai pelajar dari seluruh dunia memohon untuk masuk universiti, anda perlu menunjukkan bahawa anda ada lebih daripada sekadar keupayaan akademik untuk mendapatkan tempat anda untuk ijazah sarjana muda pilihan anda. Ini bermakna surat pengiring anda kini lebih penting daripada sebelum ini.

Kami mempunyai bertahun-tahun pengalaman untuk memastikan pelajar kami menghasilkan kenyataan peribadi yang terbaik. Kami akan bekerjasama dengan anda untuk mengeluarkan semua pengalaman dan minat anda untuk subjek anda, untuk memastikan anda menghasilkan surat pengiring yang menarik. Ini mungkin salah satu daripada sebahagian perkhidmatan kami yang anda mungkin perlu sokongan untuk beberapa jam untuk diselesai. Namun kami masih ada di sini untuk membantu.

Sementara itu, anda boleh mengetahui lebih lanjut di halaman surat pengiring kami.

Persediaan untuk temu duga

Banyak universiti terkemuka dan kursus kepakaran seperti perubatan memerlukan anda menjalani sesi temu duga sebagai sebahagian daripada proses permohonan universiti anda. Jika anda perlu menjalani temu duga, sokongan dan nasihat permohonan universiti kami akan membantu anda dalam setiap segi temu duga anda, memberikan anda peluang terbaik untuk berjaya.

Kami faham bahawa temu duga universiti anda merupakan prospek yang menakutkan, tetapi jangan risau. Dengan persediaan yang mencukupi anda boleh membuat persediaan dan berjaya. Kami boleh membantu anda mengetahui perkara yang diharapkan supaya anda boleh bersiap sedia untuk hari tersebut. Terdapat juga beberapa sumber berguna di internet serta maklumat lanjut pada halaman tip temu duga prasiswazah kami.

Visa dan insuran kesihatan

Jika anda seorang pelajar antarabangsa, anda perlu dapatkan visa pelajar. Setiap negara akan mempunyai keperluan visa yang berbeza tetapi ada beberapa perkara yang anda perlu tahu di lokasi anda belajar. Ini termasuk:

  • Tempat tawaran universiti
  • Bukti kewangan - untuk kebanyakan negara anda perlu menunjukkan penyata bank bahawa anda (atau ibu bapa anda) mempunyai wang yang cukup untuk yuran dan kos sara hidup selama 1 tahun
  • Dokumen pengenalan diri seperti pasport anda

 

Visa mempunyai sekatan yang berbeza bergantung kepada keupayaan anda untuk bekerja secara sambilan semasa ijazah anda dan untuk cari pekerjaan selepas anda tamat pengajian. Sebagai contoh, visa pelajar UK membenarkan anda bekerja selama 20 jam seminggu semasa pengajian anda dan kemudian tinggal di UK selama 2 tahun selepas anda tamat pengajian untuk cari pekerjaan.

Kebolehan untuk tunjukkan anda mempunyai insurans penjagaan kesihatan yang mencukupi juga merupakan sebahagian daripada kebanyakan keperluan visa. Berita baiknya ialah ia biasanya tidak semahal yang anda sangkakan. Sebagai contoh, UK, anda hanya perlu tanggung kos kurang daripada £500 untuk mendapat akses kepada sistem penjagaan kesihatan bertaraf dunia mereka.

Lihat halaman negara kami yang berbeza untuk mengetahui tentang keperluan visa dan penjagaan kesihatan khusus mereka.

Tempat Penginapan Universiti

Cari tempat penginapan di mana anda akan berasa gembira semasa pengajian adalah sangat penting. Berita baiknya ialah hampir semua universiti menyediakan tempat penginapan pelajar atau dewan kediaman. Ini ialah pilihan yang bagus kerana ia akan membenarkan anda dapat ramai kawan baru dan menetap dalam kehidupan universiti. Jika tempat penginapan universiti tidak sesuai untuk anda, masih ada banyak pilihan lain untuk diterokai

Yang penting ialah anda hubungi kami lebih awal untuk dapatkan sokongan kemasukan sarjana muda, supaya kami boleh membantu anda untuk dapatkan tawaran. Ini akan memastikan anda dapat penginapan universiti anda dengan mudah. Anda boleh mengetahui lebih lanjut di halaman penginapan universiti kami.

Ada banyak perkara yang perlu dilakukan, jadi hubungi kami sekarang dan kami boleh membantu anda.

Mulakan permohonan Universiti anda

Walaupun kini ada pilihan ijazah sarjana muda yang lebih luas berbanding dulu, ia juga menjadi semakin kompetitif untuk dapatkan tempat pelajaran. Untuk menonjol daripada kalangan orang ramai bukan lagi sekadar ada gred yang bagus. Untuk beberapa bidang seperti perubatan, pengalaman kerja biasa lebih penting.

Ramai pelajar memilih untuk berehat sebentar atau lebih lama untuk dapatkan pengalaman baru. Ini membolehkan mereka untuk menonjol dari kalangan orang ramai sebelum menjalankan pengajian mereka. Uni Direct bekerjasama dengan pelbagai organisasi di seluruh dunia yang menawarkan penempatan latihan, sukarelawan dan pengalaman belajar.

Kami boleh membantu anda mempertimbangkan pilihan untuk dapatkan kemahiran baru, dan memastikan anda memulakan universiti penuh dengan keyakinan untuk berjaya.

KAJIAN KES

Seb Belcher

 

Kejuruteraan Tenaga Boleh Diperbaharui BEng Universiti Exeter

Kami membantu Seb untuk tukar ke tahun kedua kursus ijazah dalam kejuruteraan tenaga boleh diperbaharui BEng di Universiti Exeter .

Dengan sokongan yang saya terima, saya berjaya masuk ke universiti pilihan saya - saya tidak pasti ini boleh berjaya jika saya tidak dapat bantuan mereka

Kami bertemu dengan Seb dan anda boleh dengar ceritanya di bawah:

Lebih banyak kajian kes di sini.

Jika anda ingin memulakan proses permohonan kemasukan sarjana muda, sila hubungi kami dan berbincang dengan salah seorang penasihat pakar kami untuk mengetahui lebih lanjut.