Sokongan permohonan pascasiswazah
Apa destinasi yang seterus? pascasiswazah semakin penting berbanding sebelum ini untukdapatkan pekerjaan yang terbaik. Kami boleh bantu anda mulakan perjalanan ini.
Sokongan permohonan pascasiswazah
Memohon untuk ijazah Sarjana atau PhD ialah salah satu cara yang terbaik untuk dapatkan kelebihan berdaya saing yang amat penting dalam pasaran kerja. Atau untuk melanjutkan kerjaya semasa anda dan membantu anda mengubah hala tuju kerjaya anda dengan sepenuhnya.
Pengajian pasca siswazah sangat bermanfaat dan mencabar, memerlukan lebih banyak pendikarian dalam kedua-dua pembelajaran dan merumuskan idea dan hujah anda. Untuk memastikan kejayaan anda dalam mendapatkan ijazah pascasiswazah yang sesuai, amat penting untuk anda mengemukakan permohonan pascasiswazah yang terbaik, dalam tempoh tarikh akhir untuk permohonan Sarjana di universiti yang anda pilih. Kami sentiasa berada di sini untuk membantu anda.
Sila baca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara kami boleh membantu anda dengan permohonan universiti. Atau tekan di bawah untuk dapatkan sesi rundingan secara percuma
Ada banyak pilihan untuk pengajian pasca siswazah. Di peringkat Sarjana, anda boleh memilih ijazah yang mempunyai elemen pengajaran yang luas (MSc atau MA), yang berfokus pada penyelidikan (MRes atau MPhil) atau lebih fokus secara vokasional (MBA). Malah PhD kini telah berkembang untuk menyediakan pilihan pengajian yang berbeza. Di peringkat global, ada banyak pilihan kursus untuk dipilih. Dengan sokongan permohonan pasca siswazah kami, kami memastikan anda dapat mengemudi proses ini dengan penuh keyakinan dan berjaya. Mengemukakan permohonan yang terbaik sebelum tarikh akhir permohonan pascasiswazah.
Sebaik sahaja anda telah mengenal pasti kursus anda yang nak ambil, mempunyai permohonan pasca siswazah yang tepat adalah penting untuk kejayaan anda di peringkat ini. Kami boleh beri sokongan kepada anda pada setiap peringkat untuk mewujudkannya.
Sila tonton video saya yang menerangkan serba sedikit tentang perjalanan pasca siswazah saya.
Kami telah menyediakan beberapa sumber yang berguna untuk membantu anda hantar permohonan yang terbaik.
Atau hubungi kami sekarang untuk konsultasi secara percuma.
Memohon untuk ijazah Sarjana
Tidak kira anda berada di fasa apa, kami boleh sertai dan berikan sokongan yang anda perlukan kepada anda;
- Buat pilihan yang tepat: Kami boleh membantu untuk mengenal pasti ijazah Sarjana yang sesuai untuk anda dan memastikan ia memenuhi syaratlaluan akademik atau kerjaya masa depan anda.
- Dapatkan tempat anda: Pasukan kami yang berpengalaman akan berunding dengan anda sepanjang proses supaya anda boleh yakin untuk buat permohonan yang berjaya. ,
- Sokongan berterusan: Sokongan akademik dan bimbingan tersedia kepada anda apabila anda memerlukannya dalam sepanjang pengajian pascasiswazah anda.
Kaedah permohonan ijazah Sarjana
Kebanyakan kursus ijazah Sarjana bermula pada bulan September dengan beberapa kursus mempunyai tarikh mula pada bulan Januari atau April. Jika anda tak tahu jadul untuk permohonan ijazah Sarjana, tarikh akhir untuk permohonan Sarjana adalah berbeza. Anda biasa boleh hantar permohonan sepanjang tahun. Kursus yang paling popular akan cepat habis jadi ia adalah penting untuk anda mohon seawal mungkin.
Anda boleh mengetahui maklumat yang lebih khusus dengan tekan pada kotak atau jika anda sedang cari bantuan permohonan Sarjana, sila hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut.
Kami telah menyediakan beberapa sumber yang hebat untuk membantu anda mencari laluan Master yang terbaik.
Atau hubungi kami sekarang untuk sesi konsultasi secara percuma.
Penyata tujuan akademik
Arsen dapat tawaran daripada Universiti Oxford untuk MPhil dalam Pengajian Rusia dan Eropah Timur. Dia mempunyai kemahiran menulis dan penyelidikannya yang cemerlang, serta pengalaman bekerja untuk sebuah NGO di Armenia, adalah kunci kejayaannya. Di bawah ini Arsen berkongsi tip utamanya untuk menghasilkan pernyataan tujuan akademik yang menang.
Dalam video ini Arsen memberikan tip terhebatnya untuk pernyataan tujuan akademik yang menang. Ini termasuk:
- Benar-benar memahami keminatan akademik anda dengan melakukan banyak penyelidikan
- Pastikan anda belajar mengenai kumpulan yang berbeza di universiti dan sebutkan mereka dalam pernyataan tujuan akademik anda
- Lebih daripada 50% daripada pernyataan tujuan akademik anda perlu menjadi cadangan penyelidikan anda dengan selebihnya termasuk pengalaman terdahulu dan matlamat kerjaya anda
Memohon untuk PhD
Anda mungkin berada di peringkat awal pertimbangan untuk ambil PhD atau ssudah dalam proses penyelidikan. Tidak kira titik permulaan anda, komitmen, fokus dan fleksibiliti yang diperlukan untuk belajar di peringkat ini amat penting. Kami sedia membantu anda.
- Pilih haluan anda: Kami menawarkan sokongan untuk permohonan untuk posisi yang diiklankan serta pembangunan cadangan penyelidikan dan proses mengenal pasti kumpulan penyelidikan dan penyelia yang sesuai.
- Berjaya dalam projek selidik anda: Penasihat peringkat doktor falsafah kami memahami cabaran yang anda mungkin hadapi dan boleh membantu anda membina keyakinan yang diperlukan untuk memenuhi impian anda.
Tarikh akhir permohonan pasca siswazah untuk PhD adalah berbeza. Untuk PhD yang diiklan, tarikh akhir akan dipapar secara jelas. Jika anda nak hantar surat cadangan anda tersendiri, anda boleh melakukannya pada bila-bila masa.
Kami telah menyediakan beberapa sumber yang hebat untuk membantu anda cari haluan PhD anda yang terbaik.
Atau hubungi kami sekarang untuk sesi konsultasi secara percuma.
KAJIAN KES
Amy Garden
MSc dalam Psikologi Klinikal di Royal Holloway
ami membantu Amy dapatkan tempat dia di Royal Holloway.
"Liz seorang yang amat cemerlang, dia seorang wanita yang peramah yang anda boleh tanya dia sebarang soalan"
Sejak tamat ijazah Sarjananya, kami telah membantu Amy membina CV dia dengan lebih lanjut untuk permohonan latihan dan PhD. Lebih banyak kajian kes ada di sini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sokongan pascasiswazah kami dan tarikh akhir permohonan pascasiswazah sila hubungi kami untuk bercakap dengan salah seorang penasihat kami.