BELAJAR DI UK

Kursus Universiti di London dan UK
Belajar di UK
Mempunyai universiti yang terkenal di dunia, halatuju universiti yang sesuai untuk setiap peringkat kemampuan akademik, dan juga penuh dengan bandar yang pelbagai budaya, UK adalah tempat yang amat hebat untuk belajar.
Anda boleh mengetahui lebih banyak informasi di bahagian bawah, jika anda mempunyai persoalan yang tertentu, anda boleh pergi ke bahagian tertentu dengan klik pautan di bawah:
- Mengapa belajar di UK?
- Kursus ijazah universiti UK
- Memilih universiti di UK
- Masa permohonan
- Cara permohonan
- Keperluan tahap bahasa Inggeris Universiti
- Keperluan visa UK peringkat 4 untuk pelajar
- Berapa kos untuk belajar di UK?
- Biasiswa
- Lepas tamat pengajian Izajah
- Bantuan dan sokongan permohonan untuk universiti di UK
Mengapa belajar di UK?
Tempat Kedua, selepas US yang berjaya menarik pelajar antarabangsa, UK menerima hampir setengah juta pelajar setiap tahun dan menawarkan pendidikan bertaraf dunia. Serta peluang untuk pengalaman hidup yang paling bernilai dalam budaya yang kaya dengan unsur Britain moden, ia mempunyai universiti bandar-bandar kosmopolitan.
UK juga merupakan pintu masuk ke Eropah, di mana, hanya perlu penerbangan yang pendek dan anda dapat melawati beberapa bandar bersejarah dan paling indah di dunia.
Kursus ijazah universiti UK
Dengan kursus peringkat universiti yang diiktiraf di seluruh dunia untuk kualiti pengajaran dan penyelidikan. Sebelum anda pilih universiti di UK, anda mempunyai pelbagai pilihan ijazah. Kami boleh membantu anda untuk memahami halatuju pembelajaran universiti atau ijazah UK dan cari mana yang paling sesuai untuk anda. Ijazah di UK merangkumi:
Ijazah asas (Fd) - Jangan keliru dengan (tahun asas). Sebilangan besar ijazah adalah dua tahun dan biasanya tertumpu pada pekerjaan atau profesion yang tertentu. Sebagai contoh, anda boleh belajar FdSc dalam kejururawatan Veterinar. Banyak ijazah asas akan memberikan pilihan untuk sambung satu tahun lagi untuk memperoleh ijazah kepujian penuh.
Ijazah Kepujian (B (hons)) - Kebanyakan pelajar memilih untuk mempelajari ijazah kepujian di universiti UK sebagai titik permulaan universiti mereka. Universiti UK menawarkan banyak pilihan ijazah, yang kelihatan terlalu banyak pilihan. Kami sedia membantu anda pilih pelbagai jenis universiti dan kursus di UK.
Ijazah Sarjana (M) - Dengan pasaran pekerjaan siswazah yang semakin kompetitif, memiliki ijazah Sarjana kini adalah amat penting bagi banyak pekerjaan. UK menawarkan pelbagai ijazah sarjana pakar. Sebilangan besar kursus ini mempunyai komponen pengajaran yang banyak (seperti MSc atau MA). Walau bagaimanapun, jika anda ingin mengikuti kerjaya akademik tetapi anda rasa anda tidak bersedia sepenuh untuk PhD, Ijazah Sarjana yang fokus pada penyelidikan mungkin sesuai untuk anda (MPhil).
Doktor Falsafah (PhD) - Sekiranya anda sedang cari sanjungan dan anugerah akademik yang paling tinggi, maka PhD harus diambil dalam perjalanan universiti anda. Universiti di UK mempunyai penyelidikan yang paling terkenal di dunia, tidak ada tempat yang lebih sesuai untuk anda mempelajari PhD anda. Di UK, terdapat dua haluan utaman untuk memperoleh PhD. Anda boleh memohon secara langsung untuk jawatan PhD yang diiklankan atau anda boleh cuba cari kumpulan penyelidikan dan berikan saranan untuk bekerja secara langsung di bidang yang anda minati.
Sama dengan program ijazah UK, terdapat juga banyak peluang latihan di UK yang mungkin lebih sesuai dengan matlamat kerjaya masa depan anda.
Apakah keunikan ijazah universiti di UK?
Salah satu keunikan utama ijazah universiti di UK ialah mereka lebih fokus kepada kepakaran sejak permulaan pelajaran. Oleh itu, jika anda sudah mempunyai idea tentang apa yang anda ingin belajar, di Great Britain bermaksud anda akan mula belajar subjek anda dari hari pertama.
Tapi ini tidak bermakna anda tidak boleh ubah fikiran anda, kerana anda sentiasa mempunyai pilihan untuk mengubah haluan pelajaran anda jika anda rasa ia tidak sesuai Atau jika anda kurang yakin, anda boleh memperoleh ijazah kepujian berkongsi atau mengambil dalam kelas tahun asas dahulu.
Salah satu kelebihan utama sistem pendidikan tinggi Inggeris ialah anda boleh dapat ijazah kepujian dalam masa 3 tahun sahaja. Dengan kebanyakan institusi kini menawarkan ijazah kepujian 2 tahun yang lebih intensif. Beberapa universiti yang menawarkan ijazah intensif adalah:
- Falmouth University
- University of Essex
- University of Buckingham
- Anglia Ruskin University
- University of Law
Ijazah Sarjana di UK biasanya hanya tempoh satu tahun, dan anda layak ke peringkat Sarjana dalam hanya 3 tahun, ini adalah dalam masa yang singkat berbanding dengan masa yang diperlukan untuk mendapatkan ijazah kepujian di kebanyakan negara lain.
Memilih universiti di UK
Adakah anda ingin tahu universiti UK yang mana terbaik untuk belajar?
Sudah tentu tidak ada jawapan yang mudah. Anda harus mempertimbangkan beberapa faktor yang berbeza. Kami akan menolong anda untuk mempertimbangkan segala faktor dan cari universiti yang mana terbaik untuk anda, tetapi, sebelum bermula, berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:
Apakah jenis universiti yang harus saya pelajari di UK?
Universiti UK menawarkan pelbagai persekitaran pembelajaran yang berbeza, dari universiti Russell Group yang bersejarah seperti Oxford dan Cambridge, sampai universiti pakar yang lebih moden, seperti Falmouth University.
Anda juga harus mempertimbangkan lokasi universiti yang anda ingin pelajari. Universiti UK boleh didapati di bandar besar atau bandar universiti. Dan juga, fikirkan apa yang anda ingin buat pada masa lapang. Contohnya, adakah anda ingin tinggal dekat alam semula jadi atau di tepi laut?
Bandingan universiti di UK
Kini tiba masanya untuk mengkhususkan universiti UK yang terbaik untuk anda. Perkara yang paling penting di sini ialah lihat pada kursus yang ditawarkan di setiap universiti pilihan anda. Kursus dengan nama yang sama kadang-kala adalah berbeza antara universiti UK. Anda harus mempertimbangkan apakah kandungan kursus dan cara penilaian yang sesuai untuk anda.
Lihat pada kedudukan universiti. Anda dapat cari banyak jadual kedudukan universiti dan UK juga mempunyai satu sistem yang disebut sebagai Teaching Excellence and Student Outcomes Framework (TEF). Pastikan anda memilih universiti yang mempunyai skor yang baik.
Sekiranya anda mahukan lebih banyak maklumat mengenai universiti UK yang anda berminat. Anda boleh mendapatkan lebih banyak sumber di sini.
Masa Permohonan
Terdapat dua haluan utama untuk belajar di universiti UK.
Kebanyakan pelajar sarjana memohon melalui sistem sentral yang dipanggil sebagai UCAS di mana anda boleh memohon sehingga 5 universiti. Terdapat beberapa sesi tarikh akhir UCAS sepanjang tahun dan kami telah membina infografik yang berguna untuk menjelaskannya. Perkara tarikh akhir UCAS yang perlu dipertimbangkan adalah:
- Anda boleh hantar permohonan UCAS anda dari bulan September
- UCAS ditutup untuk kebanyakan aplikasi pada 15 Januari, dan tutup lebih awal (15 Oktober) untuk Oxford dan Cambridge dan kursus seperti perubatan dan pergigian.
Sekiranya anda terlepas tarikh akhir yang disebut, anda masih boleh mengemukakan permohonan UCAS lewat. Atau dari awal bulan Julai, anda boleh memohon melalui proses yang disebut Pengisian UCAS.
Cara permohonan lain untuk universiti di UK adalah terus hantar permohonan ke universiti yang anda pilih.
Untuk permohonan kursus sarjana, ini hanya boleh dilakukan di beberapa universiti yang tertentu. Walau bagaimanapun, permohonan langsung adalah satu-satunya cara untuk memohon semua kursus pasca siswazah di UK.
Universiti UK biasanya tidak menetapkan tarikh akhir untuk permohonan langsung tetapi anda harus mempertimbangkan dua perkara utama.
- Pertama, kursus mula diisi pada awal tahun, jadi lebih awal anda membuat permohonan langsung, semakin tinggi peluang anda untuk mendapatkan tempat di universiti anda.
- Kedua, anda perlu memberi masa yang mencukupi untuk mendapat visa anda sebelum kursus anda bermula.
Cara Permohonan untuk Universiti di UK
UK menawarkan salah satu peluang pembelajaran yang paling banyak pilihan di dunia berbanding dengan negara yang lain. Hala tuju akademik dan pilihan universiti anda adalah langkah pertama yang penting. Kami mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang semua pilihan yang ada untuk belajar di UK, kami akan membantu anda mencari universiti dan kursus peringkat yang tepat untuk anda.
Permohonan untuk universiti di UK adalah proses yang sangat kompetitif. Ia memerlukan pelajar yang menonjol dari orang ramai. Kami akan menyokong anda untuk memahami cara permohonan universiti di UK dan membantu anda membuat permohonan yang paling sempurna. Kami akan memastikan anda mendapat kursus yang anda mahukan, di universiti yang terbaik untuk anda.
Keperluan tahap bahasa Inggeris Universiti
Semua pelajar antarabangsa kami yang memohon untuk belajar di UK, yang mengguna bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, perlu mempertimbangkan syarat bahasa Inggeris universiti UK. Sebagai pelajar antarabangsa, mengambil kursus tambahan bahasa Inggeris sering kali adalah penting.
Kami boleh memberi nasihat mengenai kemungkinan keperluan IELTS UKVI. Kami akan mengesyorkan kursus bahasa Inggeris akademik untuk membantu anda meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris anda, supaya anda memenuhi keperluan bahasa. Sebagai syarat tawaran anda, kami memastikan anda dapat mencapai tahap IELTS, ini adalah penting bagi anda untuk mendapat tempat untuk belajar di UK.
Meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris anda
Kami boleh memberi cadangan tempat yang dapat menilai tahap bahasa Inggeris anda. Kami kemudian dapat memberi sokongan kepada anda dengan latihan IELTS yang intensif, dan menempah ujian IELTS anda di UK atau di Eropah. Pilihan tempat penginapan biasanya boleh diatur untuk anda di pusat bahasa Inggeris, yang akan membantu anda meningkatkan lagi kemahiran bahasa anda lebih tinggi melalui sosial dengan hos rumah anda.
Juga ada peluang untuk anda untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris di negara asal atau mengikuti kursus latihan ESOL dan IELTS dalam talian. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, sila hubungi kami untuk bincang dengan salah seorang penasihat kami. Mereka boleh bekerjasama dengan anda untuk membantu anda memahami keperluan bahasa Inggeris universiti UK.
Terdapat juga pilihan untuk mengikuti kursus pra-bahasa Inggeris secara langsung di universiti bergantung pada keseluruhan kemahiran anda.
Keperluan visa UK peringkat 4 untuk pelajar
Pelajar antarabangsa perlu ada visa pelajar Tier 4 UK (visa Tier 4). Negara Eropah lain akan mempunyai syarat visa pelajar yang serupa. Kerajaan UK komited untuk memastikan universiti terbuka kepada pelajar di seluruh dunia.
Kerajaan UK komited untuk memastikan UK mengekalkan pendekatan yang inklusif dan peramah untuk mendorong pelajar antarabangsa untuk belajar di UK. Mereka baru-baru ini mengumumkan komitmen untuk menggandakan jumlah pelajar antarabangsa dan membenarkan pelajar antarabangsa untuk terus mencari pekerjaan selama 2 tahun setelah tamat pengajian. Sekarang adalah masa yang lebih baik untuk mendapatkan visa pelajar UK.
Proses permohonan visa pelajar UK
Untuk memohon visa UK pelajar Tier 4 , anda perlu dapat menunjukkan bahawa anda mempunyai wang yang mencukupi untuk menyokong diri anda mempelajari kursus ijazah anda. Untuk belajar di London, syarat visa pelajar memerlukan anda tunjuk bahawa anda mampu bayar kos sara hidup yang dianggarkan sekitar £ 1,000 sebulan. Di kawasan lain harganya sekitar £ 800 sebulan. Anda perlu memberikan bukti bahawa anda mempunyai wang untuk pembayaran yuran pengajian dan kos penyelenggaraan (kos sara hidup) di dalam akaun bank anda. Jumlah ini perlu ada di bank anda atau sekurang-kurangnya 28 hari sebelum anda buat permohonan untuk visa pelajar UK anda.
Di UK, untuk visa pelajar, anda harus terlebih dahulu memohon kursus ijazah dan mendapatkan nombor pengesahan penerimaan pengajian (CAS) dari universiti yang diluluskan oleh Visa dan Imigresen UK (UKVI). Beberapa kolej juga boleh mengeluarkan nombor CAS. Kolej akan beritahu anda tentang status dan kapasiti mereka untuk mengambil pelajar antarabangsa.
Visa pelajar UK membenarkan anda masuk ke UK. Pelajar dengan visa pelajar Tier 4 UK mempunyai hak untuk bekerja di UK maksimum 20 jam seminggu secara kerja sambilan.
Berapa kos untuk belajar di UK?
Salah satu pertimbangan yang penting ketika membuat pilihan kursus yang anda akan belajar di UK, adalah harganya. Pendidikan universiti anda adalah salah satu pelaburan terbesar yang anda akan buat. Universiti dan kursus yang berbeza mengenakan yuran yang berbeza. Kami boleh membincang tentang kos setiap kursus semasa meneroka pilihan anda, tetapi berikut adalah panduan umum:
- Yuran pengajian serendah £ 12,000 untuk setiap tahun untuk pelajar antarabangsa, tetapi anda biasa akan bayar antara £ 14,000 - £ 16,000 untuk kebanyakan kursus. Untuk beberapa kursus pakar seperti Perubatan, anda mungkin bayar yuran melebihi £ 40,000.
- Anda harus menganggarkan sekurang-kurangnya £ 1,000 sebulan untuk kos sara hidup jika anda belajar di London dan sekitar £ 800 di seluruh UK.
Ini adalah dua perbelanjaan utama anda ketika belajar di UK dan ini penting untuk mendapat visa anda. Anda perlu menunjukkan bahawa anda mempunyai cukup wang dalam akaun bank anda untuk menampung kos ini selama satu tahun. Harga minimum bermula dari £ 24,000.
Kos lain yang perlu diambil kira ialah kos perjalanan pulang ke negara asal semasa cuti universiti. Sini ada berita baik, tak seperti banyak negara yang lain, kos visa dan perkhidmatan kesihatan UK yang bertaraf dunia adalah kurang dari £ 500.
UK membenarkan pelajar bekerja secara sambilan sehingga 20 jam semasa mereka belajar. Ini dapat membantu memastikan kos pengajian di UK adalah berpatutan.
Sekiranya kos belajar di UK terlalu tinggi untuk anda, tetapi anda masih mahu mengambil kursus ijazah dari UK, anda mungkin boleh mempertimbangkan ijazah dalam talian. Terdapat beberapa pilihan yang menarik termasuk:
- Yuran pembelajaran Universiti Arden adalah rendah untuk ijazah pembelajaran jarak jauh dan menawarkan kursus peringkat Sarjana percuma setelah anda menamat pengajian sarjana muda anda.
- Universiti Essex mempunyai beberapa ijazah dalam talian yang hebat. Anda boleh mengetahui lebih lanjut di sini.
Biasiswa
Biasiswa sarjana untuk pelajar antarabangsa di UK amat kompetitif. Walaupun kami dapat membantu anda mengenai permohonan universiti anda, kami tidak dapat bantu pelajar sarjana dalam cari dan memohon untuk biasiswa universiti. Sekiranya anda telah memperoleh biasiswa yang akan membayar kos pendidikan anda di UK, kami dapat membantu anda memilih universiti yang sesuai yang menawarkan kursus pilihan anda.
Kami boleh bantu calon pelajar PhD yang memerlukan bantuan untuk memohon biasiswa universiti PhD untuk belajar di UK.
Untuk membantu anda cari peluang biasiswa, berikut adalah beberapa sumber berguna untuk anda memulakan:
Suruhanjaya British mempunyai dana yang tertentu untuk skim biasiswa. Terdapat sebahagian skim biasiswa yang dikendali oleh kerajaan, badan amal dan organisasi lain. Sila merujuk kepada Kementerian Pendidikan anda, pejabat Suruhanjaya British tempatan anda, atau guru anda sama ada mereka mengetahui tentang apa-apa skema untuk pelajar di negara anda. Terdapat beberapa skema global yang anda mungkin mahu tahu: Chevening biasiswa universiti kerajaan UK dan geran Royal Society. Scholars 4 Dev mengiklankan biasiswa, geran dan program persekutuan UK untuk pelajar antarabangsa.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut, ini adalah laman web yang baik untuk maklumat mengenai biasiswa di seluruh Eropah.
Lepas Tamat Pengajian Ijazah
Jika anda ingin melanjutkan pelajaran di UK selepas tamat pengajian, UK menawarkan pelbagai pilihan pengajian pasca siswazah. Namun, jika anda ingin tinggal lebih lama dan memperoleh pengalaman kerja. Sebagai usaha untuk mendorong lebih banyak orang berbakat untuk tinggal di UK, terdapat perubahan yang terkini iaitu graduan dapat tinggal di UK selama dua tahun untuk cari pekerjaan.

Adakah anda sedia untuk mengambil langkah seterusnya dan memulakan permohonan anda atau ingin tahu maklumat yang lanjut sebelum membuat keputusan? Jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami.
Bantuan dan sokongan permohonan untuk universiti UK
Kami harap panduan ringkas ini dapat jawab beberapa persoalan anda mengenai belajar di UK. Anda pasti mempunyai lebih banyak soalan dan di sinilah kami dapat membantu. Uni Direct telah menolong pelajar dari seluruh dunia dengan latar belakang pendidikan yang berbeza selama bertahun-tahun. Kami di sini untuk memastikan anda membuat pilihan yang terbaik untuk memilih universiti dan kursus sarjana muda atau siswazah UK dan kemudian membantu anda sepanjang proses permohonan. Kami akan membantu anda dalam bidang berikut:
- Sesi bimbingan sepanjang proses
- Kursus dan penyelidikan universiti UK selaras dengan kemampuan akademik dan keperluan peribadi (termasuk memastikan kursus memenuhi aspirasi kerjaya masa depan)
- Panduan pembangunan dan penyataan peribadi - termasuk analisis pengalaman kerja yang ada dan yang akan datang
- Membantu menyediakan CV yang sempurna untuk permohonan pasca siswazah
- Sokongan permohonan sama ada sebagai permohonan secara langsung atau melalui UCAS (kami akan memastikan semua perkara adalah betul dan memenuhi syarat dan permohonan hantar ke pusat berdaftar UCAS)
- Memastikan gred anda diterjemahkan dengan tepat ke dalam sistem UK untuk memastikan semua usaha anda dapat penghargaan yang sepenuhnya.
- Membantu anda dalam mendapatkan rujukan yang sesuai
- Bantuan persediaan temu duga (jika diperlukan).
Sekiranya anda perlukan beberapa tip permohonan dan ingina dengar pendapat beberapa pelajar Uni Direct yang sebelum ini mengenai bantuan kami, lihat halaman testimoni kami.
Ketahui lebih lanjut
Jom tengok beberapa rakan universiti UK kami di bawah:
Jika anda berminat untuk belajar di UK, kami dapat membantu anda berkemudi proses permohonan universiti, memastikan anda dapat buat pilihan kursus dan pilih lokasi universiti yang tepat, sila hubungi kami untuk mula berbincang dengan penasihat kami.