BELAJAR DI KANADA & AS

UK menawarkan standard pendidikan yang tertinggi dengan haluan dimana  universiti boleh diakses tanpa kira gred anda.

Study in Canada and the USA

BELAJAR DAN BEKERJA DI KANADA DAN AS

Belajar di Kanada untuk pelajar antarabangsa

Kanada mempunyai beberapa universiti yang hebat yang mempunyai kedudukan global yang tinggi, menawarkan pelbagai kursus ijazah. Belajar dan bekerja di Kanada semakin popular atas banyak sebab. Ijazah Kanada biasanya lebih kompetitif dari segi harga berbanding dengan AS, bermula dari sekitar £15,000 setahun. Terdapat pelbagai jenis universiti untuk pencinta bandar dan sesiapa yang lebih gemar lokasi luar bandar. Jika anda ada mempertimbang pilihan untuk  universiti di Kanada, kos sara hidup juga lebih berpatutan berbanding dengan banyak destinasi teratas lain untuk pelajar antarabangsa. Di samping itu, Kanada adalah negara yang membunyai pelbagai jenis etnik, kosmopolitan dan selamat untuk hidup dalam, ini menyebabkan pengajian di Kanada untuk pelajar antarabangsa amat menarik.

Universiti Kanada juga terkenal di dunia kerana kualiti penyelidikan mereka dan standard pengajaran yang tinggi.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara belajar di Kanada, sila tekan di sini  atau tekan pada ikon.

How to study in Canada - which university should I go to?

Sila hubungi kami untuk berbincang dengan salah seorang penasihat kami.

Belajar di AS untuk pelajar antarabangsa?

Jika anda ingin belajar di Amerika Syarikat, sebagai destinasi nombor satu yang dipilih oleh pelajar antarabangsa, anda bukan berseorangan. Universiti AS terima lebih ramai pelajar antarabangsa setiap tahun berbanding dengan negara lain. Ini sebahagian besarnya keranastandard pendidikan AS yang cemerlang, dengan 5 daripada 10 universiti terbaik di dunia. Ini bermakna terdapat beribu-ribu institusi dan program ijazah untuk dipilih. Yang terdiri daripada universiti swasta atau kolej komuniti AS yang agak kecil kepada kampus universiti besar yang disokong oleh negeri. Kolej komuniti ialah cara yang lebih murah untuk memulakan pendidikan anda di AS, dengan pilihan dua tambah dua. Dua tahun pertama di kolej komuniti berikan anda ijazah bersekutu dan jika gred anda cukup cemerlang, anda boleh sambung ke dua tahun terakhir anda di universiti untuk memperoleh ijazah penuh. Dengan semua kemudahan yang diperlukan oleh pelajar untuk belajar dengan berkesan di Amerika Syarikat dan aktiviti masa lapang.

Universiti AS pilihan anda akan perlukan anda mengambil pendidikan umum atau kelas teras dalam tahun pertama pengajian anda. Ini menyediakan pendidikan yang menyeluruh serta memberi lebih banyak masa untuk anda mempertimbangkan subjek yang anda akan ambil. Ini berbeza dengan banyak negara lain dimana anda akan belajar secara pakar dari hari pertama.

Satu lagi perbezaan yang perlu dipertimbangkan apabila memikirkan tentang pilihan untuk belajar di Amerika Syarikat ialah beri tumpuan kepada pelajar yang dapatkan latihan amali semasa pengajian mereka, memberikan pengalaman praktikal dan meningkatkan kebolehpasaran. Akhirnya Amerika mempunyai banyak pilihan semasa percutian sekolah, dengan lokasi ikonik; bandar, tarikan kebudayaan dan taman negara.

Kos pengajian universiti AS

Belajar di Amerika Syarikat boleh sangat mahal. Contohnya, yuran untuk program siswazah di universiti Ivy League boleh melebihi £70,000. Sesetengah universiti dan kolej komuniti mempunyai purata kos pengajian di AS lebih kurang sama dengan UK dan Australia. Tambahan pula kos sara hidup secara umumnya adalah lebih rendah daripada kebanyakan destinasi luar negara yang lain. Dengan ini, universiti AS boleh menawarkan ijazah yang unggul di peringkat global.

Tekan di bawah untuk dapatkan sesi rundingan secara percuma

Perkhidmatan sokongan permohonan universiti kami boleh membantu anda menavigasi proses permohonan universiti, memastikan anda buat pilihan kursus dan pilih lokasi universiti yang betul. Sila hubungi kami untuk berunding dengan salah seorang penasihat kami.